Dari Mana Asalnya Internet
Apakah internet? Bagaimana ia bermula? Siapa yang mulakan? Percaya atau tidak, internet bermula dari sebuah satelit. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet telah melancarkan sebuah satelit iaitu Sputnik yang juga merupakan satelit pertama buatan manusia. Pelancaran tersebut membuatkan seteru Soviet, AS menjadi tercabar dan perang dingin ketika itu semakin memuncak. AS beranggapan sekiranya Soviet berjaya melancarkan satelit, tidak mustahil mereka juga dapat melancarkan misil ke AS.
Presiden AS ketika itu, Dwight D. Eisenhower menubuhkan sebuah projek dikenali sebagai Advanced Reserch Projects Agency (ARPA) pada tahun 1958 sebagai tindakbalas kepada Sputnik. Tujuan penubuhan ARPA adalah untuk memastikan AS mendapat teknologi tercanggih dan salah satu programnya ialah sains komputer.
Pada awal 50an, komputer pada masa tersebut adalah sebesar sebuah bilik tidur dan teknologinya terhad kepada sesetengah tugas sahaja dan tiada lagi peranti yang mampu menghubungkan sesama komputer. Atas sebab itu ARPA ditubuhkan. Dengan kerjasama dari syarikat Bolt, Beranek dan Newman (BBN), mereka dikehendaki membina satu rangkaian yang menghubungkan empat buah komputer. Dikenali sebagai ARPANET.
Tanpa ARPANET, internet mungkin tidak seperti yang kita lihat sekarang atau mungkin tidak pernah wujud. Walaupun pelbagai teknologi dan protokol dicipta, ARPANET merupakan perintis kepada protokol internet yang kita gunakan sekarang.
Pada tahun 1973, jurutera menemui cara menghubungkan ARPANET menerusi Packet Radio Network (PRNET) dengan menggunakan transmisi radio. Dengan menggunakan gelombang radio, jurutera berjaya menghubungkan dua rangkaian dalam kajian selama 3 tahun, kejayaan ini dicapai pada tahun 1976.
Selepas rangkaian ARPANET berjaya dihubungkan, jurutera akan menyambung satu lagi rangkaian yang disebut SATNET atau Satellite Network dan tidak lama kemudian diikuti pula rangkaian USENET, BITNET, CSNET dan NSFNET. Mereka menamakan perhubungan tersebut sebagai inter-networking atau Internet.
Pada tahun 1990, Tim Berners-Lee mereka satu sistem khas untuk mempermudahkan penggunaan internet. Sistem tersebut dikenali sebagai World Wide Web atau WWW. Internet selalu disalah ertikan sebagai WWW. Sebenarnya internet dan www adalah dua perkara berbeza tetapi saling berkait. Internet adalah satu rangkaian yang besar dan WWW adalah satu cara untuk menguruskan rangkaian tersebut. Umpama kapal yang berlayar di lautan luas. Kapal itulah WWW dan lautan itu Internet. Oleh sebab itu, ia disebut 'surfing the internet' atau 'melayari internet'.
Ketika awal kemunculan internet, hanya pihak tentera dan kerajaan saja yang menggunakannya sebelum disertai pula oleh pelajar dan para saintis. Dengan menggunakan WWW, internet menjadi semakin meluas dan mula dikembangkan ke sektor komersial dan pendidikan tinggi.
Sekarang, internet menjadi semakin kompleks dari yang pernah dibayangkan ketika awal penggunaan ARPANET. Ia menghubungkan komputer, satelit, telefon pintar dan pelbagai gajet lagi dalam satu rangkaian yang luas dan segalanya bermula dari sebiji bola logam yang dihantar ke orbit bumi - Sputnik.
| |
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input