Panduan Sebelum Book Flight
Kenapa tiket flight boleh berubah-ubah mengikut kesukaan hati mereka saja? Kenapa tadi kita tengok murah, 30 minit lepas tu datang tengok semula dah berubah harga? Pernah jadi macam tu?
Setelah diselidik, diselongkar dan dikorek-korek rahsia airlines, mungkin tip ni dapat membantu kita booking flight dengan kadar yang berpatutan.
- Kalau boleh, book la tiket 21 hari sebelum tarikh berlepas sebab syarikat airlines ni macam suka bermain dengan pelanggan dan cuba mencari kelebihan profit kepada syarikat. Harga tiket sukar dijangka kerana jika kita book awal sangat, mungkin akan terlepas deal yang menarik. Kalau tunggu deal dan book saat akhir, boleh terkejut babun tengok harga berganda-ganda dari asal. Timbul rasa menyesal di situ. So, 21 hari sebelum flight adalah tarikh biasa dan selamat.
- Hari selasa dan rabu merupakan hari yang kurang sibuk dari hari-hari lain. Airport pun tak ramai sangat manusia. Jadi, kalau tiada kekangan tugas, dua hari ni paling sesuai untuk guna flight melainkan hari cuti umum, cuti sekolah jatuh pada hari-hari tersebut, berubah lagi la harga...
- Kalau nak travel ke luar negara, book la 11-12 minggu lebih awal. Sentiasa cari peluang terbaik dan kaji negara yang ingin dilawati. Mungkin travel secara transit boleh menjimatkan. Katakan ada airport A,B dan C. korang dari A nak ke C. Mungkin harga A ke B jauh lebih murah dan local dari B ke C pun murah dari jumlah harga A ke C. Selain itu, boleh juga gunakan transport awam sambil menikmati pemadangan ketika travel jalan darat.
- Sentiasa gunakan perisian memadam cookies browser korang. Dikatakan ada pihak airlines yang menggunakan sistem cookies pelanggan yang datang book tiket ke web mereka dan jika mereka mengesan korang berulang kali datang tengok tarikh book flight, sistem mereka akan menukar harga tiket khas untuk korang. Jauh lebih mahal dari sebelum ni. Makin kerap korang datang check, sistem akan anggap korang terdesak untuk tarikh tu dan harga akan makin tinggi. Lastly, takut makin tinggi, korang pun book jugak.
- Selalu la buat perbandingan harga dari airlines yang ada. Jika ada banyak pilihan, cari dulu deal menarik dari semua airlines. Lihat mana yang terbaik. Kadang-kadang yang kita anggap tambang murah tu jauh lebih mahal dari airlines lain.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input