Cinta Akhir Hayat
William Kent, 24 tahun bertemu dengan bakal isterinya Emma semasa di sekolah lagi dan sejak itu mereka mempunyai perasaan cinta yang cukup utuh.
Setelah berkenalan hampir bertahun lamanya, pada hari Valentine 2009, William telah melamar Emma tetapi mereka terpaksa menunda perkahwinan mereka ke tahun 2014 atas sebab kewangan.
Bagaimanapun, kehidupan cinta mereka menghadapi cabaran getir apabila William jatuh sakit pada April lalu dan setelah dibuat pemeriksaan kesihatan, dia disahkan mengidap kanser limfoma, sejenis kanser yang hampir kepada leukemia.
William berusaha melawan kanser tersebut selama 6 bulan tetapi ia sudah merebak ke sistem saraf dan otaknya yang menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan suara.
Cinta tetap membara pada pasangan ini biarpun terpaksa menghadapi cabaran yang amat besar, mereka merancang untuk meneruskan majlis perkahwinan di hospital demi untuk menunaikan janji mereka.
Ketika itu, William yang tidak dapat bersuara hanya mampu menggenggam tangan Emma bagi memberikan isyarat "I Do" dan tertunailah janji mereka untuk berkahwin.
11 hari selepas perkahwinannya, William menghembuskan nafas terakhir membawa bersamanya cinta sejati yang dipupuk sejak sekian lama.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input