Kisah Lawak #Januari15

LOL : firedauz 18/Jan/2015


Kisah 1

Sahabat yang sudah lama tak berjumpa, seorang dari negeri Sarawak seorang lagi dari negeri Perak. Orang Sarawak pun bertanya kepada orang Perak.

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?

Perak : ye, kenape?

Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?

Perak : Ada le sikit.

Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?

Perak : Terbako, terbako.

Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.

Perak : Korang panggil ape?

Sarawak : Kita orang panggil Bomba

Perak : cis @#!!

Kisah 2

Ramasamy terbaring atas katil wad ICU.. Dia mahukan nurse yang merawatinya berada bersamanya untuk jadi saksi kepada wasiatnya.. 

Isterinya..anak perempuan dan dua anak lelakinya juga berada di tepi katilnya..

"Jadi", Ramasamy berkata kepada mereka:

"Lingam, aku mau kau ambik rumah-rumah sekitar Jalan Duta ..."

"Saraswathy, kamu ambik alih apartment-apartment di kawasan Kota Damansara Place..."

"Jega, aku mahu kau ambik alih ruang-ruang pejabat di KL Central...."

"Letchumany, isteri ku sayang..tolong ambik semua taman-taman perumahan kawasan Downtown."

Nurse tersebut rasa terkejut dengan wasiat itu dan bila Ramasamy menghembus nafasnya yang terakhir..dia berkata kapada Letchumany..

"Mrs. Letchumany, suami awak mesti seorang yang berusaha gigih dan banyak menjana harta.."

Letchumany menjawab, "Tarrak la aci.. suratkhabar kasi antar saja.."
 

Kisah 3
 

Dalam sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya. 
Guru: Murid-murid...binatang apa yg bermula dari huruf 'G'?
Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab...Gajah cikgu...lalu dia dipuji oleh cikgu. 
Guru: soalan seterusnya.. binatang apa yang bermula dengan huruf 'D'?
Semua murid diam......
lalu murid tadi berdiri dan menjawab..." Dua gajah cikgu"....murid-murid lain mula ketawa...cikgu mulai marah..
Guru: Awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya...binatang apa yg bermula dengan huruf 'M'?
Semua murid diam.......
lalu budak tadi jawab lagi...."Mungkin gajah".....
Guru: awak keluar dan berdiri di pintu......
Soalan terakhir...binatang apa yg bermula dengan huruf 'J' ?
Semua murid-murid diam...guru menunggu murid menjawab tapi semua hanya diam....
Lalu murid tadi menjawab......" Jangan jangan gajah"....
 

Kisah 4

Seorang perempuan seksi berjumpa doktor dan mengadu tentang payudaranya yang sakit dan mengeras. Doktor itu kemudian memegang payudara wanita tersebut untuk beberapa saat. 

Kemudian wanita itu bertanya, “bagaimana keadaannya doktor?” 

Seketika doktor itu menjawab, “penyakit ini berjangkit. Sekarang penis saya pula yang berasa keras dan sakit.”
 

Kisah 5

Setelah melakukan sebuah pembedahan ringan terhadap pesakit, doktor segera mengingatkan, “selepas discharge, paling kurang dalam jangka masa seminggu jangan melakukan hubungan seks.”

“Abang dengar tak?” pesakit wanita itu berkata kepada suaminya yang berada di sampingnya, “dalam seminggu ini kita tak digalakkan melakukan hubungan seks.”

“Abang memang dengar dengan begitu jelas sekali, tapi pesanan itu ditujukan kepadamu, bukan kepada diriku.”
 
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...