Kisah Sadis Yang Misteri
Henry Ziegland merasakan yang dirinya seorang yang bertuah kerana berjaya mengelak takdir tetapi, tiada siapa pun sebenarnya yang mampu menahan takdir. Pada 1883, Henry pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita tetapi atas sebab-sebab tertentu hubungan mereka tidak bertahan lama akhirnya berpisah. Akibat dari perpisahan tersebut, teman wanitanya mengalami tekanan perasaan dan sebagai penamat, dia membunuh diri. Abang wanita itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa adiknya nekad untuk mencari lelaki yang bertangungjawab atas kematian itu menyebabkan Henry ditembak sebelum abang wanita itu menembak dirinya pula.
Anehnya, Henry terselamat dari tembakan itu kerana peluru yang dihalakan ke arahnya hanya bergeser di sisi wajahnya dan melantun ke arah sebatang pokok. Dia menganggap dirinya seorang yang sangat bertuah. Beberapa tahun kemudian, Henry mengambil keputusan untuk menebang sebatang pokok yang masih mempunyai peluru dari kejadian yang menimpanya sebelum ini. Merasakan tugas itu terlalu sukar, dia mengambil keputusan untuk meletupkan pokok tersebut.
Letupan yang kuat itu secara tidak sengaja telah menolak keluar peluru yang sekian lama terbenam di batang pokok, tepat ke kepala Henry dan kali ini nasib tidak menyebelahinya, dia mati serta-merta.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input