Lelaki Elektrik Ditemui

WOW : firedauz 04/Jun/2013




Arus elektrik sebanyak 10 amphere pun sudah cukup untuk membunuh manusia yang normal, tetapi tidak bagi Raj Mohan Nair yang memiliki keistimewaan menahan arus elektrik yang mengalir melalui tubuhnya. Dikenali sebagai Electro-man, Raj terkenal di seluruh dunia kerana kebolehannya itu. Dia bukan la seperti watak superhero yang mengeluarkan arus elektrik dari tubuhnya tetapi dia berkebolehan untuk menyalakan sebiji mentol dengan membenarkan arus elektrik melalui tubuhnya tanpa mencederakan dirinya. Bukan setakat mentol saja, apa-apa peralatan elektrik pun boleh.

Bagaimana kisah Raj bermula? Ketika berumur 7 tahun, Raj telah kehilangan ibunya. Akibat dai itu, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana merasakan hidupnya tiada guna lagi. Raj memanjat tiang eletrik dan cuba memegang satu kabel bervoltan tinggi, ajaibnya tiada apa berlaku padanya. Raj beranggapan semua itu adalah anugerah daripada Tuhan dan sejak itu Raj mula dikenali ramai.

Selain Raj, mungkin ramai lagi yang mempunyai kebolehan itu seperti Slavisa Pajkic dari Serbia juga mempunyai 'kuasa' ajaib ini.




ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...