Padamkan Lilin Guna Aura Tumbukan Padu

WOW : firedauz 21/Oct/2012





Zhang Feng, 23 tahun dari China berjaya menguasai teknik KungFu yang digelar 
"Shaolin Sunshine Hand", sejenis teknik yang membolehkan dia memadamkan api lilin sejauh 3 meter jaraknya.

Korang mesti pernah tengok aksi kungfu dalam banyak filem kan? Ada yang menganggap kebanyakkan aksi dalam filem adalah teknik kamera sahaja. namun, Feng membuktikan sebaliknya.

Ada teknik mahupun aksi yang kita lihat di dalam filem tu adalah real dan mempunyai tenaga tertentu yang membolehkan lawan rebah sekelip mata.

Setelah melihat video aksi yang dilakukan Feng, ada yang mengatakan ianya adalah palsu. Untuk menafikan dakwaan tersebut, Feng menjemput beberapa orang wartawan bagi menyaksikannya.

Feng mula mempelajari teknik tersebut selepas mengetahui teknik itu adalah yang paling mudah di antara teknik shaolin master. Sejak itu, dia mula mempraktikkan dan pada peringkat awal, hanya mampu memadamkan lilin sejarak 3 CM sahaja.

Keluarga Feng amat bimbang dengan hobi peliknya dan pernah menghalang dari meneruskan niatnya kerana risau berlaku kebakaran di samping jumlah lilin yang banyak dibazirkan Feng.

Ketika ditemuramah selepas selesai melakukan aksi tersebut, wartawan meminta Feng mengulanginya namun ditolak Feng kerana tenaganya sudah habis digunakan dan perlu rehat yang cukup. 

Well, teknik yang agak meletihkan....





ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...