Apa Kejadahnya HB?!!
Happy birthday... selamat hari lahir.. selamat hari jadi.. semua ucapan tu biasa kita dengar bila tiba hari lahir seseorang. Dulu sebelum zaman IT ni hari lahir lebih bermakna sebab ada yang pos kad ucapan dan ade yang tulis surat berkaler bagai. Lebih berharga, semua tu masih kekal tersimpan dan bila terjumpa kembali kad-kad ucapan tu semua, teringat pulak kenangan..
Bila zaman maju sikit, kad-kad ucapan mula digantikan dengan pesanan ringkas ( SMS ). Selepas tu MMS pulak. Abang-abang posmen dah makin kurang kerja nak hantar kad ucapan.
Keadaan makin celaru bila munculnya Facebook. Walaupun Fb berjaya menyambungkan kembali talian persahabatan yang lama terputus dan Fb juga menjadikan tarikh hari lahir sentiasa diingati tetapi semangat ucapan hari lahir makin pudar.
Semua orang yang ada akaun Fb pasti pernah melalui proses ni.
HB. hb. hb bro, hb kak, hb. hb. hb. hb.
Terfikir sejenak.. kevavian apakah ini? Adakah susah benor nak menaip teks penuh? Selamat Hari Lahir... simple.... walaupun standard tapi bila kita taip sepanjang tu buatkan seseorang tu lebih menghargai..
Setakat ni aku tak pernah lagi wish dekat kawan2 dengan ucapan HB tu.. dan aku rasa HB tu seringkas ucapan dah. ke ade lagi yg lebih ringkas dari tu?
Bukan la nak menagih ucapan. Tapi, bahasa jiwa bangsa ok.
| |
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input