Ketahui Ujian Ketahanan Sesebuah Pesawat
Pernah tak korang semua naik kapal terbang dan ambil window seat? Pernah nampak sayap kapal terbang yang korang naik tu bergoyang masa turbulence? Apa perasaan korang?
Contoh turbulence paling menakutkan pernah dirakam.
Sebelum sesebuah pesawat itu disahkan selamat untuk beroperasi secara komersial, ia perlu melalui banyak siri ujian yang akan menguji sejauh mana ketahanan dan kemampuan pesawat dalam situasi tertentu. Semua ujian yang dijalankan adalah secara real-time dan bukannya on ground. Maknanya pilot dan staf yang terbang bersama dalam siri ujian tu perlu berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Tiada standard tertentu dalam tempoh ujian perlu dijalankan ke atas sesebuah pesawat tapi disarankan oleh pakar, lebih 1300 jam penerbangan ujian diperlukan untuk pesawat sebelum diluluskan.
Siri ujian mungkin berbeza antara syarikat pengeluar dan sebagai contoh, kita akan tengok ujian penting dari syarikat Boeing dan pesawat ini ialah 747.
Flutter Testing
Ujian flutter adalah satu cara untuk memastikan struktur permukaan pesawat dapat bertahan dari sebarang getaran yang boleh menyebabkan keretakan. Flutter boleh berlaku semasa pesawat berada di dalam cruising speed.
Flight Load Survey
Ujian untuk memastikan tekanan yang dilakukan ke atas pesawat dalam keadaan zero gravity hingga 2.5G. Tekanan ini akan memberi effect kepada sayap pesawat bagi menampung berat pesawat dalam tempoh peralihan tarikan gravity.
Minimum Unstick Speed Testing
Perasan tak di bahagian ekor pesawat strukturnya semakin menirus ke bahagian atas ekor. Semasa muncung pesawat terangkat ketika berlepas, bahagian ekor akan condong ke bawah dalam tempoh pesawat masih menambah kelajuan untuk berlepas dan ujian ini bagi memastikan ketahanan bahagian tersebut jika berlaku geseran di permukaan landasan semasa berlepas dalam kelajuan minimum.
Extreme Weather Testing
Sesebuah pesawat perlu melalui ujian ketahanan cuaca ekstrim seperti sejuk dan panas serta keadaan cuaca buruk. Panas yang ekstrim mampu mencapai suhu 120 darjah dan sejuk melampau boleh menjadikan peralatan pesawat dalam keadaan frost.
Maximum Brake Energy Testing
Bayangkan pesawat yang bermuatan penuh berlepas dalam keadaan kelajuan tinggi dan kemudian perlu mendarat dengan selamat ke destinasi tanpa sebarang kesilapan seolah memaksa pesawat berhenti dari kelajuan tinggi. Kelajuan pesawat yang sesuai sebelum brek diaktifkan adalah 200 batu sejam dan dalam keadaan tersebut, brek akan menjadi panas dan membara. Ujian ini akan memastikan pesawat mampu mendarat dan berhenti sepenuhnya tanpa berlaku sebarang kebakaran kepada sistem brek.
Stall Speed Testing
Ujian ini paling penting sebab nak tengok keupayaan pesawat recover dari stall secara tiba-tiba. Stall berlaku apabila pesawat berada dalam kelajuan paling rendah di udara dan sayap akan kehilangan kuasa kerana sayap memerlukan kelajuan angin yang mencukupi bagi membolehkan daya mengangkat sentiasa ada. Dalam situasi lain, stall juga berlaku ketika muncung pesawat diangkat semakin tinggi tetapi kelajuan semakin rendah menyebabkan sayap semakin hilang daya mengangkatnya.
Contoh kemalangan pesawat yang disebabkan oleh stall ketika berlepas.
Menarik? inilah antara siri ujian penting yang dilakukan ke atas sesebuah pesawat sebelum diluluskan dan dihantar kepada pelanggan untuk diguna.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input